Powered By Blogger

Monday 18 July 2011

bab 2


BAB 2: SISTEM EKONOMI
Cirri-ciri sistem ekonomi kapitalis
1.  Pemilikan sumber ekonomi
a) Individu mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber ekonomi dan kekayaan.
b) Individu hanyalah merupakan pemegang amanah ke atas sumber ekonomi ciptaan Allah.

2.  Motif ekonomi
a) Individu dalam masyarakat tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Kebajikan masyarakat adalah penting.
b) Matlamat sistem ekonomi islam ialah untuk mencapai al-Falah, iaitu mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

3.  Persaingan yang sihat dibenarkan
a) Sistem ekonomi islam menggalakkan persaingan yang sihat iaitu secara adil dan saksama.
b) Ahli dalam ekonomi dilarang melakukan kegiatan yang diharamkan oleh islam seperti penindasan, makan riba, sorokan dan sebagainya.



4.  Kebebasan membuat keputusan ekonomi
a) Individu dalam ekonomi bebas menjalankan aktiviti ekonomi seperti menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan, cara barang dikeluarkan, dan sebagainya asalkan tidak melanggar hokum islam.

Pasaran bebas
·       Definisi
Ø Sistem ekonomi pasaran bebas ialah satu sistem ekonomi yang dijalankan tanpa campur tangan kerajaan.

·       Cirri-ciri
1) Kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi
Ø Keputusan ekonomi dibuat oleh pengeluar dan pengguna tanpa campur tangan kerajaan.
Ø Pengguna membuat keputusan untuk memaksimumkan uniti, manakala pengeluar membuat keputusan untuk memaksimumkan keuntungan.
Ø Kerajaan menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negeri melalui undang-undang.


2) Pemilikan persendirian
Ø Individu dalam ekonomi bebas memiliki sebarang harta persendirian.
Ø Individu bebas menggunakan atau mengagihkan harta mereka tanpa halangan daripada pihak lain.
Ø Individu bebas mencari kekayaan semaksimum yang boleh untuk memenuhi kepuasan mereka.

3) Peranan mekanisme harga
Ø Harga di pasaran ditentukan oleh kuasa permintaan dan kuasa penawaran melalui mekanisme harga.
Ø Pengeluar akan mengeluarkan barang secara relatif lebih mahal untuk mendapatkan keuntungan maksimum.
Ø Pengguna pula akan membeli barang secara relative murah untuk memperoleh uniti maksimum.

4) Wujud persaingan
Ø Individu bebas bersaingan untuk memperoleh barang dan perkhidmatan.
Ø Pengeluar juga bersaing dalam pengeluarannya dengan mengeluarkan barang pada tahap yang paling cekap dan kos yang paling minimum.
Ø Adanya persaingan, barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah berkualiti dan mempunyai harga yang berpatutan.

5) Keagungan pengguna dalam pasaran
Ø Pengguna dianggap ‘raja’ dalam pasaran.
Ø Hal ini kerana, corak peruntukan sumber ekonomi ditentukan oleh bentuk permintaan pengguna. Ini bermakna pengeluar akan mengeluarkan pengeluarannya berpandukan permintaan pengguna.

Kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas
Ø Kebajikan individu dan masyarakat dimaksimumkan.
Ø Kebebasan yang luas untuk melakukan kegiatan ekonomi.
Ø Menggalakkan penggunaan barang dan faktor  pengeluran secara cekap.
Ø Mendorong kemajuan teknologi dan inovasi.
Ø Pasaran member maklumat tetap kepada pengeluar.

Kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas
Ø Ketidak stabilan ekonomi.
Ø Agihan pendapatan yang tidak saksama.
Ø Kegagalan mengeluarkan barang awam.
Ø Menggalakkan amalan monopoli.
Ø Kos sodial dan kesan luaran (eksternaliti negatif).

Perancangan pusat
·       Definisi
Ø Sistem ekonomi yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dengan pihak kerajaan memainkan peranan utama dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi dan mengawal tingkat harga pasaran.
·       Cirri-ciri
1) Campurtangan kerajaan dalam ekonomi
Ø Kerajaan campur tangan sepenuhnya dalam ekonomi melalui badan perancangan ekonomi.
Ø Badan ini berfungsi menyelesaikan masalah asas ekonomi. Badan ini menentukan apa dan berapa yang hendak dikeluarkan. Selain itu, badan ini juga menentukan cara atau kaedah untuk mengeluarkan barang yang dikeluarkan kepada masyarakat.

2) Hak milik negara
Ø Faktor-faktor pengeluaran dalam negara dimiliki oleh pemerintah.
Ø Ini bererti, individu atau firma tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki harta persendirian.
Ø Individu tidak bebas dalam soal ekonomi, misalnya individu tidak berhak untuk memilih kerja, semua individu akan bekerja dengan kerajaan untuk mengeluarkan barang.
Ø Kerajaan akan mengagihkan barang yang dikeluarkan kepada semua rakyat dan rakyat tidak mempunyai hak untuk memilih barang yang disukai.

3) Tiada motif keuntungan
Ø Sistem ekonomi ini mengutamakan kebajikan rakyat dan bukannya bermotifkan keuntungan.
Ø Tanggungjawab kerajaan adalah untuk mengurus ekonomi negara secara adil dan saksama dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan.
Ø Perancangan di peringkat pusat menentukan projek ekonomi yang dijalankan.
Ø Projek yang dijalankan akan menyumbang kepada kebajikan rakyat dan masyarakat.

Kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat
Ø Pengeluaran secara skel besar-besaran.
Ø Kesaksamaan agihan pendapatan.
Ø Pengeluaran tanpa persaingan.
Ø Kestabilan ekonomi.
Kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat
Ø Kesilapan dalam membuat keputusan.
Ø Kurang motivasi dan insentif.
Ø Teknologi dan insrasi tidak berkembang.

Campuran
·       Definisi
Ø Sistem ini merupakan gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat.
Ø Sistem ekonomi ini menggunakan pasaran serta membenarkan kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi. Campur tangan ini bertujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan mekanisme pasaran.
Ø Masalah asas ekonomi diselesaikan secara bersama oleh kerajaan dan pihak swasta.

·       Cirri-ciri
1) Pemilihan faktor pengeluaran
Ø Individu dan pihak swasta mempunyai kebebasan untuk memiliki faktor pengeluaran untuk memaksimumkan keuntungan.


Ø Pihak kerajaan menggunakan undang-undang untuk mengawal sumber ekonomi untuk menjaga kebajikan masyarakat dan memelihara kestabilan ekonomi negara.

2) Pembuat keputusan
Ø Individu dan pihak swasta mempunyai kebebasan untuk menentukan corak peruntukan faktor-faktor pengeluaran.
Ø Firma bebas menentukan jenis barang dan jumlah barang yang hendak dikeluarkan dan kaedah pengeluaran, serta pengguna sasaran bagi barang yang dikeluarkan.
Ø Kerajaan pula mengeluarkan barang yang tidak mampu, tidak sudi dikeluarkan oleh pihak swasta. Barang tersebut dikenali barang awam.

3) Pilihan
Ø Individu dan pihak swasta bebas menggunakan factor pengeluaran yang dimiliki oleh mereka.
Ø Pihak swasta bebas untuk menghasilkan sesuatu barang berdasarkan permintaan di pasaran .
Ø Individu mempunyai kebebasan untuk memilih jenis dan jumlah barang dan perkhidmatan yang diingini.
Ø Individu bebas untuk menjual, membekalkan faktor-faktor pengeluaran yang dimiliknya tanpa sebarang halangan.
Ø Kerajaan pula membuat kawalan dan pemantauan di pasaran supaya swasta mengeluarkan barang yang member manafaat kepada pengguna.

4) Penentuan harga
Ø Harga barang yang tidak dikawal oleh kerajaan ditentukan melalui mekanisme harga iaitu berdasarkan kuasa permintaan dan penawaran.

5) Persaingan
Ø Persaingan yang bebas dan kerajaan memastikan persaingan yang sihat dan adil.

6) Motif
Ø Motif pengguna ialah mencapai kepuasan maksimum, pengeluar ingin untuk maksimum dan kerajaan memaksimumkan kebajikan.

Kebaikan sistem ekonomi campuran
1) Menggalakkan pertumbuhan pendapatan dan guna tenaga negara
Ø Kedua-dua sektor kerajaan dan swasta dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi melalui usaha meningkatkan permintaan agregat.

2) Menggalakkan kerjasama erat antara kerajaan dengan sektor swasta.
Ø Menggalakkan hubungan harmoni antara sektor kerajaan dengan sektor swasta melalui perswastaan.

3) Menggalakkan penyediaan barang awam
Ø Sector swasta tidak gemar menjalankan kegiatan yang melibatkan tanggungjawab sosial.

4) Menggalakkan pengagihan pendapatan yang adil dan saksama
Ø Campur tangan kerajaan dalam ekonomi member peluang yang sama rata kepada setiap individu untuk menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi.