Powered By Blogger

Monday 27 June 2011

BAB 1: BAHAGIAN PENGENALAN


EKONOMI TINGKATAN 6...

Bab 1: Bahagian pengenalan
Objektif =  1. Definisi ekonomi
                    2. Sumber manusia

A.    Definisi ekonomi
·        Ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.

B.     Sumber ekonomi ( faktor-faktor pengeluaran )
·        (a) Buruh
1.     Maksud:
Ø Buruh merupakan tenaga manusia yang disumbangkan sama ada tenaga fizikal atau tenaga mental dalam aktiviti pengeluaran. (huraian)

2.     Ganjaran:
Ø  Upah .

·        (b) Tanah
1.     Maksud :
Ø Merupakan anugerah alam yang mempunyai penawaran terhad. (huraian)

2.     Ganjaran:
Ø  Sewa.



·        (c) Modal
1.     Maksud :
Ø Modal merupakan alat atau wang yang digunakan dalam proses pengeluaran.

2.     Ganjaran:
Ø Faedah.

·        (d) Usahawan
1.     Maksud :
Ø Merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran yang lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

2.     Ganjaran:
Ø Untung.

C.     Kehendak manusia dan pengelasan barang.

1.     Maksud kehendak = Keinginan manusia untuk mendapatkan barang dan         perkhidmatan(barangan) untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa.
2.     Jenis-jenis barang :-
a)     Barang percuma
b)    Barang ekonomi
c)     Barang awam
d)    Barang pengeluar / barang modal
e)     Barang perantaraan
f)      Barang pengguna / barang akhir
Maksud dan contoh setiap jenis barang.
a)     Barang percuma
v Merupakan barang anugerah tuhan yang boleh digunakan secara percuma. Mempunyai penawaran yang tidak terhad dan tidak wujud kos lepas.

Cth:-
ü Matahari
ü Hujan
ü Tumbuh-tumbuhan
ü Udara

b)    Barang ekonomi
v Dikeluarkan oleh pihak swasta, barangan terhad dan melibatkan kos.
Cth:-
ü Kipas
ü Telefon bimbit
ü Jam tangan
ü Computer

c)     Barang awam
v Merupakan barang yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Tidak melibatkan kos dan penawaran terhad.
Cth:-
ü Lampu jalan
ü Sekolah
ü Hospital
ü Perpustakaan awam

d)    Barang pengeluar / barang modal
v Merupakan barang yang digunakan untuk menghasilkan barang lain.
Cth:-
ü Jentera
ü Mesin
ü Bahan mentah
ü Buruh
e)     Barang perantaraan
v Merupakan barang input digunakan untuk mengeluarkan barang lain.
Cth:-
ü Kenderaan import
ü Kayu (perabot)
ü Kulit binatang
ü Benang (untuk buat pakaian)

f)      Barang pengguna / barang akhir
v Merupakan barang siap atau barang yang tidak perlu diproses.
Cth:-
ü Baju
ü Meja
ü Buku
ü Penghawa dingin
D.    Masalah ekonomi

        i.            Masalah kekurangan

1.     Disebabkan oleh sumber ekonomi terhad berbanding kehendak manusia tidak terhad.
2.     Masalah kekurangan merujuk kepada kekurangan barang dan perkhidmatan.
3.     Permintaan oleh masyarakat tidak dapat dipenuhi.

      ii.            Masalah pilihan

1.     Akibat daripada masalah kekurangan, pengguna dan pengeluar terpaksa membuat pilihan.
2.     Pengguna terpaksa membuat pilihan untuk memaksimumkan kepuasan.
3.     Pengeluar terpaksa membuat pilihan untuk memaksimumkan keuntungan.
4.     Pilihan yang dibuat akan mewujudkan kos lepas.


    iii.            Kos lepas

1.     Maksud kos lepas
·        Barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barangan terbaik.

2.     Andaikan kerajaan mempunyai RM 1 juta untuk membina sama ada hospital atau sekolah. Jika kerajaan memilih untuk membina hospital, maka kos lepas ialah sekolah.

E.     Masalah asas ekonomi

        i.            Apakah barangan yang hendak dikeluarkan
·        Merujuk kepada jenis barangan yang hendak dikeluarkan bergantung kepada permintaan masyarakat.

      ii.            Berapakah barangan yang hendak dikeluarkan
·        Merujuk kepada jumlah kuantiti barangan yang hendak dikeluarkan bergantung kepada permintaan masyarakat.



    iii.            Bagaimanakah barangan yang hendak dikeluarkan
·        Merujuk kepada kaedah pengeluaran yang paling cekap sama ada menggunakan kaedah pengeluaran berintensifkan buruh atau berintensifkan modal untuk meminimumkan kos pengeluaran supaya dapat memaksimumkan keuntungan.

   iv.            Untuk siapakah barangan itu dikeluarkan
·        Merujuk kepada pengagihan barangan kepada masyarakat bergantung kepada corak agihan pendapatan dan kemampuan membeli / kuasa beli.

F.     Keluk kemungkinan pengeluaran

1.     Definisi / maksud ( KKP )
·        Merupakan rajah yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang boleh dicapai oleh masyarakat beasaskan factor-faktor pengeluaran yang sedia ada dan tingkat teknologi tertentu.

2.     Andaian (KKP )

a)     Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang
b)    Factor pengeluaran yang dimiliki asalah tetap
c)     Tahap kemajuan teknologi adalah tetap
d)    Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh ( tiada pengangguran )

3.     KKP boleh diterangkan berdasarkan jadual dan gambar rajah


4.     Jadual kemungkinan pengeluaran

Kombinasi pilihan
Makanan ( unit )
Pakaian ( unit )
A
0
10
B
1
9
C
2
7
D
3
4
E
4
0
Jadual 1.1 jadual kemungkinan pengeluaran

Kombinasi A : Kesemua factor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan 10  
                          unit pakaian, maka tiada makanan dikeluarkan.
Kombinasi E : Kesemua factor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan 4
                         unit makanan, maka tiada pakaian dikeluarkan.











5.     Lukisan keluk kemungkinan pengeluaran ( KKP ) berdasarkan jadual di nombor 4 di atas kertas graf.


Rajah 1.1 : keluk kemungkinan pengeluaran

·        Titik A, B, C, D dan E : kombinasi keluaran makksimum yang boleh
                                       Dihasilkan semasa guna tenaga penuh.
·        Titik A : semua faktor pengeluaran mengeluarkan pakaian sahaja.
·        Titik E : semua factor pengeluaran mangeluarkan makanan sahaja.
·        Titik F : kombinasi pengeluaran yang tidak cekap, pembaziran, wujud
              Masalah pengangguran.

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS
•Kebajikan masyarakat diabaikan
•Harga tidak stabil
•Keburukan monopoli
•Jurang agihan pendapatan yang meluas
•Eksternaliti negatif
•Tidak menjamin guna tenaga penuh
•Salah peruntukkan sumber
•Barang sosial kurang dikeluarkan

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
•Kebajikan masyarakat diutamakan
•Harga stabil
•Merapatkan jurang agihan pendapatan
•Kecekapan peruntukkan sumber
•Pertumbuhan ekonomi yang pesat

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
•Pentadbiran kurang cekap
•Kebebasan terhad
•Tidak wujud kesetaraan ekonomi
•Pembaziran sumber

ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN
KONSEP PELAKU KEGIATAN EKONOMI
•Isi rumah – pembekal faktor- faktor pengeluarandan pengguna barang dan perkhidmatan
•Firma – pembekal barang dan pengguna faktor pengeluaran
•Kerajaan – mengutip cukai dan membuat perbelanjaan.

ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN
PASARAN FAKTOR
  • -      CUKAI
  • -      FIRMA
  • -      KERAJAAN
  • -      ISIRUMAH
  • -      SUBSIDI

PASARAN BARANG
•Aliran fizikal – aliran input tanah, buruh, modal dan usahawan dari sektor isi rumah ke sektor firma dan aliran barang- barang
dan perkhidmatan dari sektor firma ke sektor isi rumah
•Aliran wang – aliran perbelanjaan pengguna dan hasil dari sektor isi rumah ke sektor firma, dan aliran kos dan pendapatan dari  sektor firma ke sektor isi rumah.

13 comments:

  1. summarised and effective.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. i need ur help to doing a culculation for economic...cn u help me

      Delete
  2. sya x phaam ttg kos lepas lah. .

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya ekonomi f6 susah tak.? Saya pelajar stpm nak.ambil f6 tapi ramai kata susah saya minat ekonomi dan saya sekolah menengah ambil.eko means saya ada basic eko.

    ReplyDelete
  4. huraian will be like what ? can u give some example ?

    ReplyDelete
  5. Maaf admin, jawapan bagi contoh kos lepas tidak lengkap...kalau tak silap la... 😊
    "Andaikan kerajaan mempunyai RM 1 juta untuk membina sama ada hospital atau sekolah. Jika kerajaan memilih untuk membina hospital, maka kos lepas kerajaan ialah sekolah iaitu projek pembangunan kedua terbaik"

    ReplyDelete
  6. Money is definitely not a capital as capital refers to man-made tools to help us in production process. To be considered as factors of production, an input must be readily used e.g. computer, aircraft and building. Money has to be converted into any one of the four before it can be classified as capital

    ReplyDelete
    Replies
    1. capital has different meaning in economics and business

      Delete